6 Prinsip Estetika Seni Melayu

Menara bermotif
Pucuk Rebung
Seni, budaya dan warisan orang Melayu secara amnya berpandukan kepada estetika dan penerapan pandangan orang Melayu terhadap sesuatu. Seni budaya dan warisan Melayu tidak hanya tertumpu dalam nyayian dan tarian semata. Keindahan seni orang Melayu juga dapat dilihat pada seni ukiran, sastera, seni silat, tekstil seni bina dan lukisan .

Tulisan ini akan melihat kepada prinsip asas estetika dalam seni Melayu, faktor yang mempengaruhi kepada proses sesuatu penciptaan dan juga falsafah pemikiran dalam seni budaya warisan Melayu. Estetika boleh ditafsirkan sebagai keindahan yang bernilai dan memukau. Falsafah yang dibincangkan adalah hasil dari pengamatan sarjana akademik seni budaya dan pengamal dalam seni budaya yang diwarisi dari zaman ke zaman.

Terdapat 6 prinsip utama dalam estetika kesenian Melayu iaitu; Prinsip Berhalus, Prinsip Berguna,Prinsip Bersatu, Prinsip Berlawanan dan Prinsip Berlambangan. Zakaria Ali (1989) menyatakan prinsip berhalus merujuk kepada hasil kerja tangan yang halus dan berpandukan kepada motif alam sekitar. Motif-motif tersebut dapat dilihat dari motif Tampuk Manggis, Siku Keluang dan Teluk Berantai yang terdapat pada corak tenunan songket.

Tampuk Manggis

Prinsip Berguna menekankan aspek penggunaan, dimana masyarakat Melayu tidak mementingkan penghasilan untuk  semata, ia boleh dinikmati dan dirasai oleh semua, sebagai contoh Baju Melayu tidak dikhususkan kepada orang tertentu sahaja. Baju Melayu boleh dipakai oleh siapa sahaja. Perbezaan hanya mungkin dapat dilihat dari kualiti baju yang dihasilkan.

Prinsip Bersatu menerangkan perhubungan antara satu-satu motif yang selari dengan komposisi. Penerangan ini mungkin susah difahami. Penerangan ini dapat dijelaskan melalui gambar 1(a) di mana semua motif dalam songket tersebut mempunyai kesatuan dan selari antara satu sama lain

Prinsip Berlawanan adalah sesuatu objek yang mempunyai elemen yang berlawanan. Ketegangan daripada prinsip berlawanan akan disusutkan dengan memasukan motif-motif yang lain dalam memperlihatkan keharmonian.

1 (a) Motif Pucuk Rebung
 pada songket

Prinsip yang keenam dan yang terakhir adalah prinsip berlambangan. Prinsip  atau simbol yang menekankan kesatuan antara isi dan bentuk. Prinsip ini menampakan kepentingan pendokumentasian untuk merujuk kepada sejarah, budaya dan tafsiran.

MZA
Algorithm-Rhythm-Freedom & Kingdom
Hakcipta Terpelihara©Zaki Ahmad, 2021

Comments

Popular Posts