ADA APA DENGAN KONSERT DI UNIVERSITI?
Heboh pada 10 Jun 2023 lalu, tular satu video pendek melalui Tik Tok memaparkan pelajar sebuah universiti di Pantai Timur sedang asyik bergoyang pak maun di dalam konsert. Video pendek ini mengundang pelbagai respon netizen , kebanyakan memberi respon negatif dan kurang selesa dengan video tersebut. Jelas sekali, perkara ini menjadi isu nasional sehingga PMX memberi respon melalui kenyataan akhbar pada 18 Jun 2023 setelah selesai Town Hall di UMK. Saya tidak mahu menjadi hero kepada kejadian ini.Cuma perkataan konsert ini amat dekat dengan diri saya. SAYA DAN KONSERT Ketika saya menjadi pelajar di sebuah universiti di Gombak, saya merupakan bendahari MPP, dalam masa yang sama saya merupakan pengarah expoconvo. Saya berjaya mengadakan sebuah konsert di dewan universiti dengan kerjasama syarikat rakaman, sehingga saya sendiri bekerja di syarikat rakaman tersebut pada tahun 2005, selaku Public Relation Officer (PRO), walaupun bidang saya belajar di universiti dulu...






