APA DAH JADI DENGAN SLOGAN NEGARA ISLAM? ISLAMISME? PASCA ISLAMISME?



 TESIS

Saya menulis tajuk ini supaya kenangan saya semasa melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana tidak hilang. Tesis saya pada masa tersebut amat berkait dengan revolusi pemikiran yang dirungkai melalui kajian kualitatif dan falsafah pemikiran (ayat akademik ni).

Tulisan ini ringan, tidak memerlukan pembaca memerah otak sepertimana kita memerah otak menulis tesis. Tetapi sebelum saya lanjut menulis, ada sesuatu perlu kita kiblatkan, iaitu teori yang ditulis oleh seorang sarjana barat Asef Bayyat.

ISLAMISME Vs PASCA ISLAMISME

PASCA ISLAMISME

Nak menerangkan Islamisme dan Pasca-Islamisme, saya memilih untuk terang Pasca-Islamisme. Kita sebagai orang Islam mungkin tak perasan dengan keadaan sekeliling yang terjadi. Selalunya bila kita tengok kejumudan seseorang selalunya kita akan ada pendapat yang sama, "mesti dia orang PAS".

Kenapa dengan Parti Islam SeMalaysia pula yang dapat nama? Mungkin hasil dari pengalaman kita dari pembacaan, sembang kedai kopi, dapat dari internet dan mungkin bagi mereka yang belajar sains politik, dapat maklumat yang sama.Apa maklumat yang sama tu? PAS nak buat Negara Islam, PAS nak buat hudud, PAS nak buat sistem ekonomi Islam, PAS nak teguhkan undang-undang Islam, PAS-Kelantan haramkan mak yong, dikir barat dan yang paling sadis, kalau dibaca Amanat Hadi hari ini, memang susah kita nak terima.

Segala-gala yang kita dengar, semacam tak berapa selesa bagai kita orang awam. Tambah mereka yang tak pernah dapat pendidikan Islam secara formal (sekolah agama/pondok)  rasa amat terasing dengan apa yang diperkatakan. Ada juga yang berpendidikan agama yang dalam juga tak selesa. Kenapa? Ini sebabnya:

1. Perkembangan pemahaman Islam mengambil masa di Malaysia. Ini berkait rapat dengan soal pendidikan. Ada yang menerima pendidikan terus agama Islam secara mendalam dan ada yang tidak.

2. Suasana Pasca Islamisme yang kita tak perasan hal ini berlaku.

Pasca Islamisme? apa tu?

Pasca Islamisme ini merupakan satu wacana yag diterbitkan oleh SARJANA BARAT untuk memahami fasa perubahan dalam gerakan Islam di seluruh dunia.

Tulisan Asef Bayat seperti What Is Post Islamisme? dan Post-Islamisme The Changing Faces of Political Islam banyak mempengaruhi orang Islam seluruh dunia. Macam mana Asef Bayat ni seorang profesor sosiologi dapat pengaruh seluruh umat Islam?

Teori ini dapat mempengaruhi gerakan Islam seluruh Malaysia termasuklah parti-parti Islam. Hal ini menyebabkan sedikit sebanyak menyumbang kepada perpecahan ideologi dalam gerakan Islam itu sendiri. Contoh AMANAH yang datang dari PAS. 

Ramai yang mula cop, AMANAH Progresif, PAS Konservatif. Sejauh mana kenyantaan ini benar, perlu kepada kajian lanjut lagi, mungkin ada orang buat PHD atas tajuk ini.

Secara ringkasnya, PASCA ISLAMISME NI SATU WACANA DI MANA DUNIA ISLAM ADA ANJAKAN PARADIGMA. KALAU DULU KITA DOK BINCANG PASAL NEGARA ISLAM,CUBA TENGOK SEKARANG? ADA LAGI TAK? 

Sekarang lebih kepada perbincangan mengenai konsep kesuburan ekonomi, masalah pembangunan sosial. Bab2 perbincangan Hudud macam dah tak ada kan? Ke mana pergi Amanat Hadi? Ke mana cerita Negara Islam?

Oleh kerana tesis pun berkait dengan Islamisme dan pasca-islamisme kesan terhadap PAS, saya bagila jadual yang ambil dlm tesis:

Tema

Islamisme

Kesan

Pasca Islamisme

Kesan

Memperjuangkan simbolik Negara Islam

Negara Islam

menjadi tema perjuangan PAS melalui proses demokrasi

Diterima oleh sebahagian masyarakat Islam dan tidak diterima oleh bukan Islam di Malaysia

PAS menukar tema negara Islam kepada negara berkebajikan

Mendapat sokongan dari pelbagai lapisan masyarakat, tetapi pengurangan undi Melayu pada PRU-13

 

Pelaksanaan Undang-undang Islam

 

Menjadi tema perjuangan PAS untuk menegakkan Hudud

 

Menerima pelbagai respon negatif kerana kurang kefahaman dan manupulasi negatif terhadap hudud

 

PAS menukar tema kepada Good Governance,kestabilan ekonomi serta menentang penindasan dan ketidak adilan

 

Sokongan terhadap PAS meningkat dan dilihat PAS sebuah parti yang berubah kepada progresif. 

 

Kerjasama dengan bukan Islam

 

Memberi syarat yang diklasifikasikan radikal supaya mengikut agenda PAS

 

 

Bergerak bersendiri dan tidak mendapat sebarang sokongan dari rakan pembangkang lain

 

Kerjasama melalui Tahalluf Siyasi

 

Memeperlihatkan PAS lebih inklusif tetapi menyebabkan konflik dalaman parti. Perpecahan kepada menyokong dan menolak Tahalluf siyasi

 

Sifat dalam gerakan

 

Separa radikal tetapi radikal dalam kaeadah penyampaian

 

Penerimaan rakyat berbagai dan mencetus kontrovesi seperti Amanat Hadi

 

Moderat dan bersederhana

Penerimaan terhadap PAS lebih mesra tetapi 
persepsi yang pelbagai oleh pendokong parti sehingga terbit pelbagai wacana perbincangan dalaman

Mungkin nampak terlalu akademik, cuma saya ringkaskan saja hasil dari tesis yang lepas.Cuma yang menjadi persoalan yang amat dalam bagi saya, kenapa sarjana barat yang mengkaji? Seolah-olah seperti kita ambil sembahyang tapi yang membetulkan cara kita ambik air sembahyang tu seorang Sami Budha (contoh je ni).

Tesis sy tajuknya:

Konflik Kepimpinan PAS;Kajian Kes Penubuhan Parti AMANAH Serta Kesan Pasca Islamisme di Malaysia.

Penafian: Saya BUKAN orang PAS, jauh lagi AMANAH.

MZA
Algorithm-Rhythm-Freedom & Kingdom (23 Julai 2022)

Comments

Popular Posts