ZIONIS-ISRAEL ADALAH SEBUAH IDEOLOGI POLITIK


Apa yang terjadi di Palestin hari ini amat mendukacita masyarakat Islam di seluruh dunia. Sehingga hari ini, tidak ada bibit-bibit perdamaian yang akan berlaku. Pertembungan 2 ideologi antara Islam dan Yahudi merupakan satu persengketaan ideologi sepanjang zaman.

Yahudi melihat perjuangan mereka untuk memiliki Baitul Maqdis sebagai sebuah perjuangan suci, manakala Islam melihat kaum Yahudi sebagai kaum yang perlu dihapuskan dan dinyahkan dari muka bumi ini. Pertembungan dua ideologi ini akan berlangsung sepanjang zaman. Agama Islam berpandukan kepada nas-nas al-Quran yang menyatakan janji-janji Allah terhadap bangsa Yahudi, manakala Yahudi berpegang kepada messiah yang akan datang satu hari nanti menyatukan mereka ke Jerusalem.

Sejarah ringkas Yahudi

Orang Yahudi telah berada di seluruh eropah ketika awal abad masihi lagi, ketika mana kekalahan mereka terhadap Rom. Mereka disebut sebagai Yahudi kerana menganut agama Judaism.  Menurut agama Islam, perkataan Yahudi berasal dari perkataan Yahuza, merupakan salah seorang anak kepada nabi Ya’kub A.S.

Orang Yahudi di Eropah berada dalam keadaan yang berbeza. Tetapi mereka tetap berpegang dengan messiah akan datang untuk menyatukan mereka dan membawa mereka ke Jerusalem. Ledakan 3 peristiwa besar di eropah memberi kesan yang mendalam terhadap orang Yahudi. Bermulanya dengan abad pencerahan, revolusi Perancis dan Perang Napoleon, memberi kesan mendalam ke seluruh pemikiran rakyat di eropah. Pertama, Liberalisme iaitu pemisahan agama dan kehidupan harian dan peperangan yang membakar kepada semangat nasionalisme.

Orang Yahudi di eropah terkesan dengan semangat baharu di eropah. Kebanyakan mereka meninggalkan cara kehidupan asal mereka dan cuba berasimilasi dengan kehidupan masyarakat eropah yang baharu. Mereka menganggap tanah Palestin sebagai sebuah tempat yang merbahaya kerana diletakkan di bawah pemerintahan Islam, empayar uthmaniah.

Orang Yahudi di eropah terbahagi kepada dua kehidupan sosial yang berbeza. Mereka yang tinggal di eropah barat selesa dengan kehidupan mereka kerana diterima oleh penduduk tempatan, tetapi perkara sebaliknya berlaku bagi mereka yang tinggal di eropah timur. Mereka ditindas, diseksa dan tidak mempunyai hak seperti mendapatkan pendidikan dan perubatan. Orang Yahudi di eropah timur merasakan Palestin merupakan tempat yang selamat berbanding dengan tempat yang mereka duduki. Bermula pada tahun 1880, ratusan ribu orang Yahudi di eropah timur mula mencari jalan untuk pulang ke tanah Palestine walaupun ada di antara mereka mati kelaparan dan ada yang ditangkap oleh tentera Turki Uthmaniah.

Fahaman Zionis bermula

Pada tahun 1891, seorang journalis dan aktivis politik berbangsa Yahudi Austria-Hungary, Benjamin Ze’ev (Theodor) Herzl telah menggerakkan satu fahaman yang dikenali sebagai Zionism. Herzl mempunyai 2 naskah karya mengenai idea zionis iaitu Der Judenstaat (Negara Yahudi) dan Alteneuland (Tanah Baru Lama). Herzl melihat penindasan terhadap bangsa Yahudi akan berlaku di mana sahaja mereka berada. Oleh yang demikian, bangsa Yahudi perlu mempunyai negara mereka sendiri. Hanya dengan menghidupkan semangat nasionalisme dalam kalangan bangsa Yahudi, akan merubah kedudukan bangsa Yahudi itu sendiri.

Peristiwa yang berlaku di Tanah Palestine hari ini merupakan detik hitam sepanjang zaman masyarakat Islam di seluruh dunia. Ini bukanlah konflik atau perselisihan semata, tetapi merupakan satu rampasan tanah umat Islam yang berlaku puluhan tahun.

Pada tahun 1948,kaum Yahudi yang datang dari tanah eropah mula menghalau sedikit-demi sedikit orang arab palestin.Sebelum tahun 1948,kurang dari 6% pemilikan tanah oleh yahudi di palestine,tetapi hari ini, hampir keseluruhan dirampas oleh zionis.Hari ini, 42% Yahudi di seluruh dunia menentap di Israel (Bumi Palestine).

Yahudi merupakan bangsa diaspora tidak mempunyai negara tetap.Terdapat 3 kelompok yahudi yang menjadi pelarian. Yahudi yang berada di Timur Eropah dipanggil  Ashkenazi,yahudi yang tinggal di Sepanyol dan Portugal dikenali sebagai Yahudi Sephardi,manakala Yahudi yang tinggal di Timur tengah dikenali sebagai Yahudi Mizrahi.

Theodor Herzl

Theodor Herzl seorang yahudi yang telah mencipta ideologi ekstrem nasionalis Zionis.Herzl  dianggap sebagai pemimpin kaum yahudi Asheknazi yang bercita-cita sebagai seorang nasionalis untuk menubuhkan sebuah negara Israel. Ada dalam kalangan orang yahudi menganggap Herzl sebagai pembela dan ada yang menganggap Herzl sebagai pengkhianat bagi agama yahudiah. Herzl beranggapan Yahudi perlu pulang ke Palestine dan mendirikan sebuah negara dengan seberapa kadar segera.

Theodor Herzl

Palestine merupakan sebahagian dari wilayah pentadbiran kerajaan Uthmaniyah (1517-1918) dan berada di bawah pentadbiran Uthmaniah selama 400 tahun. Pada masa dahulu, Palestine merupakan satu tanah pentadbiran yang merangkumi The Holy Land (al-Ard al Muqaddasah),juga dikenali sebagai surya al-janubiyya (selatan syiria)-hari ini terdiri dari syiria, Lebanon, Palestine dan Jordan. Pemerintahan Turki Uthmaniah semasa berlaku perang dunia pertama di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid ii.

Palestine merupakan tempat yang istimewa bagi umat Islam kerana di situ berlakunya peristiwa isra’mi’raj dan tempat lahirnya para nabi.Bagi orang Kristian pula Palestin merupakan tanah air  Nabi Isa A.S.

Barat sekian lama mempunyai dendam dan bercita-cita untuk menjatuhkan pemerintahan khalifah Islamiah. Pemerintah Turki menyertai pakatan perikatan kuasa tengah bersama Jerman dan Austria-Hungari . Bermula kejatuhan pemerintahan Turki apabila perikatan kuasa ini kalah dan kekalahan ini memberi peluang kepada kuasa Britian yang menang untuk meluaskan pengaruhnya.

Timur Tengah pada ketika itu menjadi medan permainan kuasa-kuasa Eropah dan sempadan bekas wilayah Turki Uthmaniah dibahagikan kepada zon Perancis dan Britain.

Fakta Perjanjian Sykes Picot (1916):

  1. Merupakan satu perjanjian rahsia antara Britain dan Perancis untuk pembahagian tanah di Timur Tengah.

  2. Perancis memiliki Syiria dan Lubnan

  3. Britian memiliki Palestine, Jordan dan Iraq.

  4. Mandat Palestine diwujudkan oleh British (Territory Known As Trans-Jordan, under the provision of article 25.) dimana;

  5. Yahudi dari Eropah dibenarkan berhijrah ke Palestine untuk mendirikan penempatan.

  6. Tujuan asal untuk memberi peluang Yahudi dan arab Palestine dapat tinggal bersama dan bukanlah memberi hak kepada Yahudi membina negara.

  7. Keadaan menjadi luar kawalan apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai yahudi,dan menyebabkan ketegangan berlaku antara Yahudi dan Arab.

  8. Britain akhirnya 'lepas tangan'apabila keadaan tidak terkawal dan menyerahkan urusan kepada pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB).

Fakta Deklarasi Balfour 1917:

  1. Britain mengadakan perjanjian dengan keluarga Balfour iaitu penaja terbesar gerakan zionis, dimana Britain berjanji untuk mewujudkan sebuah negara Yahudi ‘Jewish National Home’ di Palestine.

  2. Deklarasi ini memberi peluang kepada zionis untuk merealisasikan aspirasi zionis bagi membangunkan sebuah negara Yahudi iaitu Israel.

  3. Sebelum deklarasi tersebut diisytiharkan pada 18 Julai 1917, perkara ini telah tersebar di parlimen British.

  4. Resolusi 181 Perhimpunan Agung PBB (Nov 1947)  Kawasan Palestine dibahagikan kepada 2 bahagian, 57% kawasan Arab Palestine dan 43% untuk Yahudi dengan Jerusalem sebagai ‘corpus Separatum’ iaitu identiti Kebangsaan.

  5. Baitul Maqdis bebas dari pengaruh Yahudi Israel  dan Arab Palestine serta ditadbir oleh badan antarabangsa.

  6. Mesir, Jordan dan Syria membantah pelan PBB tersebut, tercetus perang arab-israel pada 15 Mei 1948, bersamaan tarikh  Israel mengisytiharkan negara mereka.

  7. Negara Arab ini tidak berperang dengan bersungguh dan akhirnya menerima gencatan senjata dengan Israel pada Mac 1949.

  8. Hasilnya Mesir memperolehi Gaza,Jordan mendapat tebing Barat dan Jerusalam Timur manakala Israel menguasai sebahagian besar tanah Palestine yang lain. Bermula pada  saat tersebut, sempadan ini dianggap sempadan garisan hijau negara yang sah.

Perang 6 Hari:

  1. Israel melancarkan serangan ke atas pakatan Mesir-Syria-Jordan,dan Israel berjaya meluaskan lagi sempadan.

  2. Perang ini berlaku selama 6 hari bermula 5 jun hingga 11 jun 1967.

  3. Telah mengubah landskap politik timur tengah sehingga hari ini. Ia juga melibatkan kuasa Amerika Syarikat dan Soviet Union.

  4. Hanya 6 hari sahaja untuk mengalahkan gabungan tentera negara Arab.

  5. Israel berjaya merampas Gaza dan Sinai daripada Mesir, Tebing Barat dan Jerusalam Timur daripada Jordan serta Dataran Tinggi Golan dari Syria.

  6. Baitul Maqdis Timur di mana terletaknya Masjid Al-Aqsa turut dirampas oleh Israel.

  7. Selepas 11 Jun 1967, sempadan baru telah dicipta dan dikecam di seluruh dunia termasuk PBB.

  8. Bagi Zionis, mereka telah dapat apa yang diimpikan.

  9. 5 Jun 1967 bagi orang arab memperingati tarikh ini sebagai An-Naksah sama dengan 15 Mei 1948 yang disebut sebagai An-Nakbah dimana tertubuhnya negara haram Israel dan penghalauan serta penghapusan etnik penduduk Palestine.

  10. PBB telah mengeluarkan Resolusi 242 pada November 1967 dengan mengarahkan Israel  berundur ke sempadan sebelum perang namun tidak diendahkan oleh Israel.


Perang Yom Kippur:

  1. Pada tahun 1973 pakatan arab kembali bangkit mencetuskan perang Yom Kippur pada bulan Ramadhan.

  2. Pada perang ini, Mesir hampir merampas semula Sinai namun tidak berjaya kerana gencatan senjata diusulkan oleh pihak Amerika Syarikat dan Soviet.

  3. Perang ini menamatkan mitos bahawa Israel tidak dapat dikalahkan dan memaksa mereka berunding.

  4. Israel memulangkan Sinai dalam perjanjian Camp David 1978, dan memberikan Gaza dan Tebing Barat kepada Palestine dalam Perjanjian Oslo 1993.

  5. Walau bagaimanapun Israel sendiri tidak mengikut pelan damai. Mereka terus membina penempatan dan tembok pemisah haram di Tebing Barat, Palestine.

  6. Israel tidak mahu melepaskan Baitul Maqdis Timur atas alasan agama dan kerana lokasi yang strategik.

  7. Israel sentiasa menyerang orang Islam Palestine tidak kira bulan Ramadhan malahan pada hari raya. Keadaan menjadi buruk apabila media barat melaporkan berita yang tidak tepat dan memihak kepada Israel.
Kesimpulanya, fakta melalui peristiwa-peristiwa di atas telah membentuk fahaman zionis untuk bernegara di Palestine sehingga  hari ini. Keamanan di Palestin tidak akan wujud sama sekali kerana pertembungan ideologi antara Islam dan Israel tidak akan tamat. Penulis berpendapat ZIONIST ADALAH IDEOLOGI POLITIK DAN BUKAN FAHAMAN AGAMA kerana perjuangan yang diterapkan dalam ideologi Zionist adalah untuk mendapatkan tanah air sendiri, bernegara dan pengiktirafan dari dunia.

MZA
Algorithm-Rhythm-Freedom & Kingdom
Hakcipta Terpelihara©Zaki Ahmad, 2021

Comments

Popular Posts