AKHIRNYA SAYA ADA SECONDMAN
Lama sungguh tak menulis weii...tapi hari ni terdetik, tengah MC ni,demam. Rasa dah tiba untuk saya kembali ke dalam bidang pengkhususan saya. Bidang pekerjaan saya tempuhi hari ini mungkin tidak nampak selari dengan bidang pengkhususan. Tetapi setelah 16 tahun mengharungi onak duri dalam bidang seni budaya dan warisan, orang nampak identiti saya adalah kebudayaan.
Kalau Majlis dan Program yang melibatkan persembahan, memang saya lah di hadapan. Bermula sekecil-kecil majlis sehinggalah Majlis Konvokesyen, memang muka sayalah yang kena buat itu ini termasuklah kena marah.
2022, umur masuk 41 tahun, dah rasa cukup letih untuk semua itu. Staf-staf kebudayaan dah cukup matang dan berpengalaman. Sejarah semalam sudah cukup membuktikan, 21 Julai 2022 (Khamis), saya serahkan majlis kedua terbesar Universiti, Cendekiabitara kepada Fiza. Nah terbukti, Fiza mampu buat, malah pada pandangan saya, dia lebih cekap dari saya.Kalau ikutkan Fiza ni dah mampu untuk menjawat jawatan yang besar dari gred dia. Berani saya nak cakap, kalau ada buka perjawatan B29/B31/B40, memang saya syorkan dia!.
![]() |
| The Day Yang Buat Saya Rasa Amat Bangga-Puan Fiza Beraksi |
Keadaan semasa memang mendesak saya untuk duduk lebih berdiam. Nak ke depan tak boleh, nak ke belakang pun tak berapa boleh. Nak melawan lebih2 tak boleh sebab ayat keramat "Leaders Always Right", menghantui diri saya. Tapi jelasnya saya sayangkan ITKAS, jiwa dan tenaga saya memang di situ sebelum ini.
Kat sana saya sempat urus dua (2) projek, satu projek konsultasi dengan anak syarikat dan satu lagi geran padanan agensi. ITKAS mengajar saya selok belok dunia research dan konsultasi. Walaupun saya berseorangan mengurus, saya memang bersungguh. ITKAS juga letak diri saya kenal projek2 SUK, Kementerian2 dan jumpa balik kawan2 PTD (UIA).
Tapi apa pun "TAKDIR MENGATASI TADBIR", saya akur dengan kekerasan kepala saya, untuk mengikut arahan yang bagi saya tidak menyebelahi saya. ITKAS seharusnya berada di bawah tadbir urus Universiti kerana berkait dengan AUKU dan Kuasa-kuasa Senat ke atasnya.
Nak bersedih lebih2 pun tak perlu. Yang lepas biarlah lepas. Tapi kembali ke bidang pekerjaan asal pun tak menjadi masalah. Minat dan peluang masih ada. Cuma sekarang kena lebih TERKEBELAKANG dari TERKEDEPAN sehingga habis kepimpinan yang terbina sekarang. Apa khabarlah markah SKT tahun ni, Redha saja. Semuanya berhikmah.
![]() |
| Simple Production House..Abg Rani (mmg matang) Nizam (mmg bnyk idea) Din (mmg patuh) Jamrah (mmg cun melecun) |
INTERNATIONAL WEBINAR...TALK YANG TERLUPA
Kisahnya International Webinar ni buat masa time betul2 tak larat badan. Balik ke Melaka baru-baru ni, abah mertua meninggal. Ingat nak batalkan saja jadi panel, tapi terlupa. Bila sampai balik Kuantan barulah teringat, "eh, aku ada talk..", Alhamdulilah cari balik slide talk sebelum-sebelum ni jumpa, gabung2...dapatlah satu set slide. Respon dari peserta memberangsangkan. Apa pun terima kasih Penganjur Politeknik Sultan Idris.
![]() |
| Abah kata "segala pujian perlu kembali ke pada Allah SWT" kita tak ada apa2" |
MZA
Algorithm-Rhythm-Freedom & Kingdom (22 Julai 2022)









Comments
Post a Comment