ADA APA DENGAN KONSERT DI UNIVERSITI?
Heboh pada 10 Jun 2023 lalu, tular satu video pendek melalui Tik Tok memaparkan pelajar sebuah universiti di Pantai Timur sedang asyik bergoyang pak maun di dalam konsert. Video pendek ini mengundang pelbagai respon netizen, kebanyakan memberi respon negatif dan kurang selesa dengan video tersebut.
Jelas sekali, perkara ini menjadi isu nasional sehingga PMX memberi respon melalui kenyataan akhbar pada 18 Jun 2023 setelah selesai Town Hall di UMK. Saya tidak mahu menjadi hero kepada kejadian ini.Cuma perkataan konsert ini amat dekat dengan diri saya.
SAYA DAN KONSERT
Ketika saya menjadi pelajar di sebuah universiti di Gombak, saya merupakan bendahari MPP, dalam masa yang sama saya merupakan pengarah expoconvo. Saya berjaya mengadakan sebuah konsert di dewan universiti dengan kerjasama syarikat rakaman, sehingga saya sendiri bekerja di syarikat rakaman tersebut pada tahun 2005, selaku Public Relation Officer (PRO), walaupun bidang saya belajar di universiti dulu memang jauh dengan kerja yang dapat,Alhamdulillah, habis belajar tak sempat nak menganggur... Saya dapat kerja kerana konsert.
BERADA DALAM INDUSTRI
Bekerja selaku PRO di syarikat rakaman yang agak terkenal, networking saya dalam media berkembang,seronok. Saya berhubung dengan DJ radio, wartawan TV dan surat khabar,penerbit rancangan,hatta butik yang selalu taja busana artis pun jadi kawan-kawan. Show artis memang saya jaga, press released,pelancaran album saya urus,dan sudah tentu,konsert itu mainan saja.
Tahun ke-2 saya berkhidmat, saya dah buat 2-3 pelancaran album. Pelancaran album di kelab malam terkenal di Kuala Lumpur pernah saya buat. Konsert? dari buat kertas kerja sampai cari sponsor korporat berjuta ringgit saya pernah dapatkan. Saya menjadi kesayangan CEO pada masa itu.
![]() |
| (Gambar dari Mstar) |
REALITI SEBUAH KONSERT DI LUAR
Sebut saja konsert untuk sebuah syarikat rakaman, sudah tentu berkonsep hiburan dan cari untung. Saya mungkin bercerita dari sudut negatif, sebab itu yang saya nampak hasil dari pengalaman yang tak seberapa ini.
Konsep konsert ada yang berdiri dan ada yang duduk, ikut pada tiket yang dibeli. Matlamat kami, bagi penonton enjoy, buatlah apa nak buat asal tak ada yang pengsan or mati.
Yang berdiri di mosh pit, berdiri enjoy sampai tak ingat dunia. Pernah juga saya tengok yang bergaduh, sebab dituduh meraba awek sebelah, tapi dalam keadaan sempit macam tu, semua benda boleh terjadi.
2008 saya tinggalkan dunia hiburan, ditawarkan 2 rezeki kerja, satu ke stesen TV dan satu lagi ke sebuah universiti teknikal di Pantai Timur. Saya pilih pilihan kedua, walaupun senggang gaji masa tu dekat RM2600. Kerja kerajaan tak kan nak semewah di swasta. Niat saya, nak mendidik anak bangsa walaupun bukan jadi pensyarah.
KONSERT DI UNIVERSITI
Konsert di universiti tak salah. Hiburan itu lumrah keperluan manusia. Tetapi bila konsert itu berada di dalam premis sebuah universiti,sudah tentu ada yang perlu kita jaga sebagai sebuah pusat kegemilangan ilmu.
Pendekatan harus berbeza, kita nak import ke budaya konsert di luar?lelaki dan perempuan menari tak ingat dunia? kita nak tengok ke Couple yang duduk bersama (free seatting),dalam gelap bercumbu mesra sambil melayan lagu?
Artis yang kita nak bawa masuk mestilah "cantik" pandangan umum. Tak ada kontroversi sakan. Soalan saya, kalau artis yang kita nak bawa masuk ke universiti ada tercalit dengan isu sokong LGBT, masalah dadah..kita nak bawa masuk?
Mosh pit perlu ke? Pada pendapat saya tak perlu. Biarlah kita bersederhana melayan konsert, tak perlu berdiri sampai lupa diri bila lagu masuk dengan jiwa. Biasa-biasa sudah cukup. Bersederhana penuh adab sopan perlu diterapkan. Budaya negatif di luar jangan dibawa masuk.
ADA BANYAK PERKARA POSITIF DARI PENGANJURAN KONSERT
Sebalik perkara negatif saya lemparkan, banyak perkara positif yang boleh kita keluarkan. Penganjuran konsert bukan mudah terutama bagi pelajar. Penganjur merupakan satu kumpulan produksi yang memerlukan kepimpinan yang boleh membuat keputusan segera. Konsert juga sebahagian aktiviti keusahawanan.
Krew akan belajar kaedah-kaedah publisiti yang berkesan. Krew juga akan belajar bagaimana mencari sponsor. Buat konsert sebenarnya ramai parti politik, NGO, syarikat swasta nak taja. Jarang-jarang konsert tak untung kalau artis dah cukup padu!
Akhir kata, Konsert di Universiti Punya cara tersendiri.Hiburan mendidik jiwa. Garis Panduan perlu dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)!!!.
KONSERT YANG SAYA MAKSUDKAN KONSERT MUZIK SELAIN DARI KONSERT LAGU KETUHANAN,KEMANUSIAAN DAN NASYID
MZA
Algorithm-Rhythm-Freedom & Kingdom




Comments
Post a Comment