PARLIMEN 26 JULAI 2021,DARI KACA MATA RAKYAT YANG TERSEKSA


HURU-HARA DALAM MEMAHAMI PERKARA TEKNIKAL MESYUARAT

Parlimen Malaysia pada hari ini bersidang di atas panggilan Mesyuarat Khas Parlimen (Dewan Rakyat) dengan merujuk kepada Perkara 11 (3):

Pada masa Majlis dalam tangguhan jika Perdana Menteri memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua iaitu bagi faedah orang ramai mustahak Majlis mengadakan mesyuarat dahulu daripada 13 Persidangan. tarikh yang telah ditetapkan, maka Tuan Yang diPertua hendaklah dengan serta-merta mengeluarkan pemberitahu menyatakan berapa hari bulan hendak diadakan mesyuarat itu dan Majlis hendaklah mengadakan mesyuarat pada masa yang disebutkan dalam pemberitahuan itu. Urusan-urusan bagi hari itu hendaklah ditetapkan oleh Perdana Menteri dan pemberitahuan berkenaan dengan urusan itu hendaklah dihantar kepada ahli-ahli tidak lewat daripada masa hendak diadakan mesyuarat itu."

Faktanya:

  1. Perkara 11 (3), Peraturan-peraturan  Majlis  Mesyuarat Dewan Rakyat atau Standing Orders of Dewan Rakyat dibuat menurut Perkara 62 (1) Perlembagaan Persekutuan.

  2. Segala urusan Mesyuarat Khas ditetapkan oleh YAB Perdana Menteri.

  3. Merupakan Prerogratif kepada YAB Perdana Menteri untuk menjalankan Mesyuarat Khas Parlimen.

Maka berteriak sakan Ahli Parlimen Pembangkang mengenai hal ini, kerana mereka berpandukan dengan merujuk kepada perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan (Proklamasi Darurat):


"Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B)"

Pakat bangun 11 orang Ahli Parlimen Pembangkang, sehingga ada yang mengatakan Datuk Speaker Dewan Rakyat menderhaka arahan Yang DiPertuan Agong.

DARI KACA MATA RAKYAT YANG TERSEKSA:
  1. Rujuklah balik Surat Panggilan Mesyuarat yang dipersetujui oleh YDPA. Kalau dah berbunyi kata Panggilan Mesyuarat Khas Parlimen, rujuk perkara 11 (3).

  2. YAB Perdana Menteri bagi ucapan, seterusnya pihak kerajaan akan bentang melalui YAB Menteri Kewangan sebarang Dasar untuk dibahaskan.

  3. Tetap berbahas juga berdasarkan Dasar yang dibentangkan. 

  4. Pembentangan yang akan dibuat adalah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

  5. Rakyat tahap sekarang ini nak mengetahui keputusan dan langkah pemulihan, bukan nak dengar Ahli Parlimen menjerit sakan.

  6. Tetapi, buatlah langkah sebesar mana pun, ambil ikhtibar India dan Indonesia, selagi mana ada satu jumlah rakyat berkumpul di mana-mana tempat, senanglah virus berleluasa, susahlah untuk mencegah.

  7. Rakyat sudah muak dengan drama politik.


MZA
Algorithm-Rhythm-Freedom & Kingdom
Hakcipta Terpelihara©Zaki Ahmad, 2021



Comments

Popular Posts