HARTAL DOKTOR KONTRAK: KENAPA BEGITU DAN BEGINI?

26 Julai 2021, serentak dengan Sidang Parlimen Khas, Hartal Doktor Kontrak juga berlangsung dengan aman di seluruh hospital di Tanah Air.  Ramai yang baru tahu apa itu makna hartal.  Perkataan hartal berasal daripada Gujerat yang membawa maksud menutup perniagaan, dan perkara ini jarang berlaku.

Kali terakhir perkataan hartal digunakan pada November 1967 di Pulau Pinang. Pada masa tersebut,tiada satu kedai, restoren atau pejabat dibuka. Tiada orang datang bekerja bermula di kedai hinggalah ke lombong bijih timah. Boleh dikatakan hartal adalah mogok.

Penggunaan perkataan hartal adalah sejarah untuk Malaysia. Hartal ini menjadi salah satu topik perbahasan di Parlimen. Waktu dan masa hartal ini dipilih amat sesuai dan memberi seribu makna. Selama ini, rakyat membayangkan kerjaya sebagai pegawai perubatan sesuatu yang indah,penuh profesionalisme dan penuh kesibukan seperti dalam drama berepisod hollywood "House".

Sebaliknya lain pula berlaku di Malaysia. Perlu difahami, bekerjaya sebagai pegawai perubatan merupakan satu perkahwinan dengan kerjaya. "on call" satu istilah yang tidak akan lekang di mulut bagi seorang pegawai perubatan yang berkhidmat dengan Kerajaan.

Seramai 23,000 orang pegawai perubatan kontrak berada di hospital kerajaan seluruh Malaysia. Hal kontrak ini bukan terjadi hari ini, sejak zaman berzaman. Banyangkanlah perjuangan mereka bermula tahun 2016, sudah beralih 3 kerajaan. Pernah ada kerajaan terdahulu membincangkan hal ini  dimana mantan Menteri Kesihatan pernah memberi kenyataan " Tiada jaminan pegawai perubatan siswazah ditawar lantikan tetap". 

Sasaran 72,000 orang pegawai perubatan pada tahun 2020 adalah sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan terdahulu. Nisbah seorang (1) doktor akan menjaga/merawat 450 orang penduduk Malaysia (1:450). 70% adalah disasarkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) dan 30% di pihak swasta. Jumlah pegawai perubatan di bawah KKM hari ini adalah 51 912 orang.  Makna kata 70% daripada 72,000 orang yang disasarkan pada tahun 2020 adalah 50,400 orang yang akan berkhidmat di bawah KKM. Mungkin terlajak pengambilan dalam 1,512 orang sahaja.

Di mana Bermula?

Bila berlaku satu-satu keperluan tenaga profesional, selalunya akan berpandukan kepada keperluan mendesak. Mungkinkah 10 tahun yang lepas, profession ini amat diperlukan? Adakah pada masa tersebut pegawai perubatan amat berkurangan? Untuk menghasilkan seorang pegawai perubatan, akan melibatkan kos yang amat besar. Oleh yang demikian, sudah tentu kouta pengajian dibuka oleh pusat pengajian tinggi BERDASARKAN ARAHAN Kerajaan semasa itu. Bagaimana pula unjuran waran  perjawatan tetap pegawai perubatan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam?

Selesaikan

Perkara ini perlu diselesaikan segera. 23,000 pegawai perubatan kontrak UD41 perlu diselesaikan dengan win-win situation. Serap tetap 23,000 orang sekali gus mungkin akan menjadi beban kepada kerajaan. Mungkin cadangan ini terlalu santai kepada kerajaan:

1. Serap secara berfasa

2. Jika UD41 tawarkan kepada UD43

3. HLP untuk master (kepakaran) ditambah tahun.

4. Ada kenaikan gaji tahunan.

5. Elaun kritikal ditambah.

Semua perkara di atas berkaitan dengan perut dan kebajikan. Hartal ini telah dimulakan oleh pegawai perubatan, jangan berlarutan hingga skim-skim lain ambil contoh. Tetapi harus kita ingat, tawaran perjawatan kontrak dalam kerajaan bukan tiket untuk perjawatan tetap.

MZA
Algorithm-Rhythm-Freedom & Kingdom
Hakcipta Terpelihara©Zaki Ahmad, 2021









Comments

Popular Posts