Malaysia telah menempuh PRU ke-15 pada 19 November 2022, dengan satu keputusan yang amat menyukarkan dalam menentukan peneraju seterusnya untuk kerajaan Malaysia. Tulisan ini bukan untuk menganalisa kejadian pasca PRU ke-15.
Tulisan ini cuba mengupas dan mencari fakta-fakta yang penting serta baharu. Berikut adalah fakta-fakta yang dianggap menarik untuk kita sama-sama berfikir dan kaji lebih dalam selepas ini.
1. Mengikut perangkaan Malaysia, jumlah penduduk negara hari ini sebanyak 32.5 juta orang. Populasi tersebut meliputi 65% bumiputera, 23 % etnik cina dan 7% etnik India dan selebihnya dari lain-lain etnik. 2. Mereka yang layak mengundi untuk PRU ke-15 adalah 21.1 juta orang. Separuh daripada pengundi tersebut adalah pengundi muda iaitu sebanyak 10.6 juta orang.
3.Seramai 1,141,749 orang iaitu 5.4 % adalah pemilih berumur 18 tahun hingga 20 tahun, manakala baki 19,971,485 orang atau 94.6 % ialah pemilih berumur 21 tahun dan ke atas. (Penting ni)
4. Hanya 6 Negeri dari 13 Negeri yang menjalankan pilihanraya di peringkat Dewan Undangan Negeri,manakala yang lain akan melaksanakan PRN pada tahun ini 2023 (dah selesai dah).
5. PH berkurang 22 kerusi berbanding PRU-14,manakala penambahan mendadak kerusi Perikatan Nasional sebanyak 55 kerusi.
6. Barisan Nasional mengalami kekalahan sebanyak 28 kerusi dan merupakan kekalahan yang terbesar yang direkodkan. BN kalah di semua kerusi parlimen yang ditandingi di Perlis, Terengganu,Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Melaka.
7. The Senior MP, Tengku Razaleigh Hamzah kalah kepada Dr. Mohd Azizi Abu Naim (PN) setelah 12 penggal berjaya dipertahankan oleh beliau.
8. PAS berjaya menambah sebanyak 31 kerusi parlimen termasuk 14 kerusi di Kelantan.14 kawasan Parlimen terbabit ialah Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Ketereh, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
9.Jumlah pengundi paling ramai pada PRU-15 adalah di Tambun, iaitu 155, 802 orang melibatkan 37 daerah.
10. Sentimen politik yang banyak terdapat di media sosial adalah berbentuk enthno-religous, dimana sentimen "Hak Orang Melayu" dan "Islam Terancam Oleh Bukan Islam" adalah tread yang banyak dimainkan di media sosial.
11. Ancaman DAP terhadap Orang Melayu-Islam dan Mengetepi Hak Keistimewaan Bumiputera dengan tag-line Malaysia for Malaysian banyak dicapai di media sosial.
12. Media Sosial menjadi medan parti-parti politik berkempen. PH lebih cenderung menggunakan aplikasi Twitter, BN memfokuskan kempen menggunakan Facebook, manakala PN menggunakan Tik-Tok sebagai medan berkempen.
13. PRU -15 merupakan peperangan blok politik menggunakan sentimen perkauman, samada dari PN (BERSATU-rujuk kempen TSMY di Muar) dan PH (DAP-rujuk kempen Hew Kuan Yau di Melaka).
14. PRU-15 merupakan toleransi antara pemimpin politik Melayu. Antara contoh seperti tokoh pemimpin UMNO seperti Annuar Musa, Shahidan Kassim (UMNO) dan Takiyuddin Hassan (PAS). Mereka memainkan sentimen kepentingan Hak Melayu sehingga ada yang beranggapan tidak menjadi masalah jika mana-mana kawasan dimenangi oleh BN asal tidak jatuh ke tangan PH. Konsep kesatuan ummah banyak dimainkan di pelbagai peringkat.
15. Banyak tinjauan yang dibuat meleset sama sekali dengan keputusan sebenar PRU. Antara hasil tinjauan asal mendedahkan PH akan menang besar berdasarkan kepada propoganda melalui kempen untuk menyelesaikan masalah ekonomi.
16. Terdapat juga tinjauan awal mengatakan BN akan mengekalkan pemerintahan dengan pencapaian oleh Perdana Menteri ke-9 DSIS dalam menangani Pandemik COVID-19.
17. Melalui tinjauan juga, tidak ada yang menyebelahi PN malah ada tinjauan mengecilkan jumlah kemenangan PN dari jumlah pencapaian pada PRU ke-14.
18. Walau bagaimanapun, kebanyakan tinjauan tersasar kerana tidak mengkaji sentimen yang dimainkan dan juga demografi orang Melayu-Islam yang kebanyakkan mempengaruhi silent majority voters.
19. Berikut adalah tinjauan yang dilakukan oleh badan bebas:
 |
| Pautan dari Merdeka Centre |
Kebanyakan tinjauan dari semua badan bebas (kecuali MIND) meletakkan PH akan memenangi PRU ke-15. Keputusan yang terdekat dan hampir 70% tepat adalah tinjauan dari Merdeka Centre. Walau bagaimanapun, ke semua tinjauan meletakkan PN hanya akan memenangi bawah 50 kerusi parlimen. Tinjauan ini meleset sama sekali.
20. Sebagai kesimpulan, politik di Malaysia sama sekali berpecah kepada 2 blok pemikiran yang amat berbeza hari ini. Kita dapat simpulkan ideologi politik menampilkan pola kepercayaan pegundi melalui pemahaman mereka terhadap apa yang mereka pilih. 2 blok pemikiran tersebut:
- Blok Alaf Baharu: Pemikiran blok ini menolak parti politik yang mengamalkan sentimen perkauman dan agama. Idea ini lebih cenderung kepada liberalisme dalam politik dan pentadbiran negara, iaitu lebih berfokus kepada kemajuan ekonomi dan masalah kos sara hidup. Mungkin kita dapat simpulkan mereka yang berada di bandar-bandar besar menghadapi kos sara hidup yang lebih tinggi berbanding mereka yang berada di bandar-bandar separa besar/luar bandar.
-Blok Ketuanan Melayu: pemikiran blok ini mempertahankan nilai-nilai asal negara, seperti Ketuanan Melayu, Sistem Beraja dan Islam sebagai agama rasmi. Blok pemikiran ini lebih mengetengahkan sentimen-sentimen mempertahankan perkara yang disebut di atas, tetapi dalam masa yang sama soal ekonomi dan kestabilan pemerintahan tetap dibawa sebagai propoganda parti. Kebanyakkan mereka yang berada di negeri-negeri yang bermajorti Melayu (Pantai Timur dan Utara; Kedah dan Perlis) cenderung kepada pemikiran ini ( tiada fakta, perlu kajian mendalam)
Pertembungan pemikiran ini akan menjadi ruang perbezaan yang amat luas satu hari nanti. Anak-anak muda juga mula mempunyai pendirian yang berbeza antara satu sama lain terhadap konsep BERNEGARA. Mereka adalah generasi pewaris, sudah tentu kita perlu menerapkan konsep mengkaji sebelum menerima dan berfikran matang sebelum membuat sebarang keputusan.
Akhir sekali, benda dah jadi dan dah pun kita lalui, Kerajaan pun dah ada (walaupun susah juga di peringkat awal)..Rakyat Malaysia Move On...
Algorithm-Rhythm-Freedom & Kingdom
Bacaan dari:
Merdeka Center
Iman Reserach
Astro Awani
Dosm.Gov
Mykhilafah.com
SPR
UMNO
BERSATU
PAS-Harakah Daily
Singapore Research
Pautan Jurnal-jurnal akademik UKM, UiTM, UM
Comments
Post a Comment