BARU BUKA SELEMBAR BUKU, DAH MENGANTUK..KENAPA?
Beli buku bukan main banyak, tapi berhabuk sebab tak sempat baca. Tapi masa BDR ni banyak aktiviti boleh buat, termasuk membaca. Satu lagi masalah yang selalu jadi masalah pada kita, bila baca baru satu muka surat, dah mengantuk. Tutup terus,zzzzzzzzz.
Mungkin cara yang saya syorkan ini boleh digunakan oleh tuan-puan. Asas yang perlu ada sebelum memulakan sebarang pembacaan yang serius adalah BACA APA YANG DIMINATI. Kalau anda baca buku yang bukan dalam ruang lingkup kefahaman dan minat, memang buku tu akan tinggal koleksi saja.
Kalau minat novel, bacalah novel. Minat kita berbeza. Bahan bacaan utama saya adalah buku-buku sejarah, tak kira lah sejarah Melayu atau dunia, tebal macam mana pun buku tu, saya boleh selesaikan. Sekarang ni tengah baca buku Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863 hasil tulisan Tun Suzana Haji Othman. Saya baru buka buku ni semalam,sekarang di muka surat 235.
TEKNIK MEMBACA
Selain dari minat, ada teknik membaca yang kita boleh ikuti.
Grouping the sentences
Kaedah ini kita kumpulkan dengan bacaan mengimbas. Contoh:
- Sejak tahun 1623, Kesultanan Aceh telah menjadi sebuah kerajaan yang besar
- Sejak/ tahun/ 1623/, Kesultanan/ Aceh/ telah /menjadi /sebuah/ kerajaan /yang/ besar..
- Sejak tahun 1623/, Kesultanan Aceh telah menjadi sebuah kerajaan yang besar/.
Kawalan nafas
Bernafas seperti biasa, jangan tahan nafas. Kebanyakan kita cepat mengantuk sebab tarik nafas dalam-dalam..lepas tu lelap...ada pula yang bernafas laju dan terkadang tahan nafas semasa membaca. Nafas senormal yang boleh,macam biasa.
MENGINGATI BAHAN BACAAN
Conteng
"Bendahara Paduka Raja TSL"-untuk kita ingat gelaran.
"Bendahara-Tempat perbendaharaan segala rahsia negara (Makna teknikal)
"Kena culik"- masa konflik Acheh Johor abad ke 16-17
Untuk ingat tahun- tulis tahun dahulu contoh:
"1613-perang Batu Sawar"
SUASANA DAN KEADAAN DIRI
Suasana Sekitar dan Masa
Saya di rumah memang ada bilik pertapaan saya sendiri, saya khaskan untuk bilik membaca dan buat kerja. Selesa untuk membaca dan menulis (tengah buat buku pasal pedagogi silat untuk kanak-kanak sekarang ini)
Ada setengah orang kena membaca sambil mendengar lagu, ada yang tak boleh. Saya memang kena jauh dari hiruk pikuk bising, dan waktu untuk membaca memang bermula jam 9.00 malam hingga 3.00 pagi.
Masa zaman menulis tesis dulu, saya memang tak tidur malam, paling kurang tidur pun jam 4.30 pagi dan bangun jam 6.30 pagi. Tapi tidur lewat tak elok tuan-puan, umur yang masuk 4 series senang kena darah tinggi.
Makan awal
Kalau dah niat jam 9.30 malam nak mula membaca, jangan pula jam 8.30 malam baru nak makan malam. Kalau buat macam tu apa teknik pun tak jadi.
Jangan membaca sambil baring
Betul nak membaca kita kena selesa, bersandar pada kerusi yang selesa dan silang kaki, masing-masing dengan cara masing-masing. Tapi yang menjadi masalah bila membaca terlebih selesa, kepala di bantal, yang tu pertama mengundang kepada tangan akan lenguh pegang buku dan.....kita akan selalu tipu diri kita "lelap kejap lah 5 minit" selalu akan jadi 5 jam.
Ada banyak lagi tips sebenarnya, tapi biarlah bermula dari asas. Ada juga teknik membaca untuk menulis, teknik membaca untuk menghafal ( teknik al-hafiz), tapi untuk bacaan santai-santai, kita mula dengan teknik asas..Selamat mencuba




Comments
Post a Comment