MENANG TAK SEMESTINYA KITA DAH BAGUS

Bekerja dalam ruang lingkup akademik, walaupun kita bukan dari golongan akademik, akan mendorong diri kita menjadi seperti orang akademik. Hari- hari jumpa Profesor untuk kertas kerja, mesyuarat dan lain-lain lagi.

Tersentak dengan ayat rakan karib saya "tulisan akademik ni hanya orang akademik dan orang ada minat sahaja yang nak baca, masyarakat luar sana susah nak faham, orang awam nak bacaan yang senang faham!" Hampir 60 saat saya terdiam dengan ayat membunuh ini.

Bila difikirkan semula, memang ada betulnya. Berapa ramai orang awam yang nak baca journal? sedangkan anak-anak muda sekarang lebih selesa membaca buku-buku indie. Pakcik makcik kalau baca akhbar dalam medsos, ruang sukan, politik,artis atau berita sensasi lebih menarik perhatian mereka. Artikel panjang-panjang dalam akhbar siapa yang baca? ada yang baca, tapi tak ramai.

Pengajian master saya dahulu dalam mode penyelidikan. Memang citation bersepah. Terpilih menjadi pemenang gangsa untuk Anugerah Penulisan Sosial anjuran Persatuan Pegawai Tadbir Universiti-Universiti Malaysia adalah dalam bentuk tulisan artikel dan journal akademik. Bila rakan saya mencabar saya untuk menulis dalam bentuk santai...........Ya Allah baru saya tahu susahnya untuk melakukan setting minda. Memang susah, tapi saya cuba.

Blog saya ni saya dapat semula minggu lepas. Setelah diblock untuk satu tempoh kerana masalah-masalah teknikal sebelum ni. Cuma tulisan-tulisan lama memang dah tak ada. Persoalanya, tulisan-tulisan akademik ni hanya berlegar dalam dunia akademik je ke?

Apa pun saya cuba untuk bersantai-santai sahaja...

-
MZA-
Percubaan santai pertama

Membaca dan menulis memerlukan ruang


Comments

Popular Posts