BUSANA RASMI KONTINJEN MALAYSIA SUKAN OLIMPIK 2020 TOKYO
Disebalik kerisauan kita menghadapi kemelut Covid-19 ini, datang pula satu peristiwa yang akan terpahat dalam memori rakyat Malaysia, busana rasmi kontinjen Malaysia semasa majlis perasmian Sukan Olimpik di Tokyo 2020 baru-baru ini. Pada awalnya,penulis menyimpan dahulu komen, kerana perlu meninjau terlebih dahulu komen-komen pelayar di medsos. Rata-rata ramai mengatakan cantik, ada juga yang menyatakan sebaliknya.
Busana di Sukan Olimpik 2020
![]() |
| Motif Pucuk Rebung |
![]() |
| Motif Tampuk Manggis |
Terdapat 6 prinsip utama dalam estetika kesenian Melayu iaitu; Prinsip Berhalus, Prinsip Berguna,Prinsip Bersatu, Prinsip Berlawanan dan Prinsip Berlambangan. Zakaria Ali (1989) menyatakan prinsip berhalus merujuk kepada hasil kerja tangan yang halus dan berpandukan kepada motif alam sekitar. Motif-motif tersebut dapat dilihat dari motif Tampuk Manggis, Siku Keluang dan Teluk Berantai yang terdapat pada corak tenunan songket.
Sebagai pengakhiran, tahniah atas inisiatif pereka ingin mengetengahkan budaya Melayu sebagai simbol kebangsaan Malaysia melalui buasana rasmi. Tanjak, baju sikap,baju Melayu dan samping jelas menyatakan itu simbol Melayu. Cuma perkara lain perlu diteliti seperti:
- Rekaan bentuk pada kain kekal dengan corak sedia ada dalam busana Melayu.
- Motif corak pada songket Melayu adalah turun temurun dari nenek moyang kita, sudah banyak kajian yang telah dijalankan dan mempunyai perlambangan tertentu pada motif rekaan.
- Kemeriahan warna tidak melambangkan rekaan Melayu. Mungkin boleh dirujuk pada rekaan songket Melayu.
- Pemakaian tanjak penuh adab dan tatacara, ikutilah dengan sebaiknya.
Pesanan:
Mungkin pereka akan menekankan rekaan berdasarkan pada tema buasana kebangsaan, penulis menekankan pada asal usul busana kebangsaan, iaitu busana Melayu.
Terima kasih...
MZA







Comments
Post a Comment