"GENERASI Z" THAILAND MENOLAK SISTEM BERAJA?
THAILAND & COVID-19
Negara Thailand pernah cemerlang mengawal Virus Corona dengan memegang rekod 100 hari tanpa jangkitan tempatan. Kecemerlangan ini atas inisiatif kerajaan menutup pintu sempadan negara. Namun pada Julai ini, kes di Thailand seakan tidak terkawal dan pada 24 Julai 2021, Bangkok menjadi pusat penularan Varian Delta.

Ingin diingatkan kepada semua, kerajaan yang ada pada hari ini adalah hasil rampasan kuasa pada pilihanraya 2014 sedang berlangsung. Perdana Menteri Prayuth Chan-Ocha dilihat gagal menguruskan Covid-19. Kebanyakan yang menyuarakan ketidakpuasan hati ini datang dari generasi yang kita katergorikan sebagai generasi Z.
Memorandum yang disampaikan adalah:
1. Menuntut Perdana Menteri (bekas ketua angkatan tentera Thai) meletak jawatan kerana jawatan yang diduduki sekarang bukan datang dari proses demokrasi, tetapi datang dari rampasan kuasa.
![]() |
| Raja Thailand Maha Vajitalongkoran |
2. Sistem monarki yang dilihat menindas rakyat. Undang-undang "Lese-Majeste" sangat tegas di Thailand di mana rakyat yang mengkritik atau menghina Raja akan dijatuhkan hukuman penjara. Oleh yang demikian, undang-undang ini perlu digubal semula.
3. Menggugurkan semua imuniti undang-undang yang dinikmati oleh Raja. Tuntutan ini juga menuntut agar semua tahanan yang dikenakan hukuman menghina Raja dibebaskan.
4. Kerajaan juga diminta untuk membezakan antara aset kerajaan dan aset Raja.
Jika dilihat siapa yang membuat tuntutan ini, datang dari penuntut-penuntut universiti yang terdiri daripada generasi Z. Mereka juga mempertikaikan kelembapan Syarikat Siambioscience yang dimiliki oleh Raja Thailand Maha Vajitalongkoran memberikan vaksin kepada rakyat. Hanya 10.3 % dari 70 juta rakyat Thailand telah mendapat vaksin sehingga 24 Julai 2021.
Selain dari itu, generasi muda pada hari ini melihat Raja Thailand hari ini sebagai seorang yang sangat boros dan banyak membazirkan wang negara di saat Thailand menempuhi krisis. Mereka sudah melihat sistem beraja perlu ditukar kepada sistem negara republik (hasil dari kajian dan tinjauan).
DARI RAJA MEMERINTAH (LEADING MONARCH ) KEPADA RAJA BERPELEMBAGAAN (CONSTITUTIONAL MONARCHY) THAILAND
![]() |
| Revolusi Siam 1932 |
Perkara ini berlaku apabila golongan aristokrat dilihat gagal memacu ekonomi Thailand dengan sebaik mungkin. Keborosan Raja Thailand pada masa tersebut menyebabkan rakyat tidak berpuas hati. Satu gerakan demokrasi diketuai oleh seorang pelajar yang melanjutkan pelajaran di Paris Pridi Phanomyong dan bergabung dengan seorang tentera yang sama-sama melanjutkan pelajaran di Paris iaitu Pibul Songram, telah melancarkan revolusi melalui People's Party sehingga menyebabkan tamatnya sistem monarki mutlak. Revolusi tersebut menyebabkan sistem monarki di Thailand kehilangan kuasa dan menjadi insitutsi raja berpelembagaan.
Bermula dari tahun 1932, banyak Kudeta (rampasan kuasa ) telah belaku oleh tentera. Anehnya, untuk menjalankan pemerintahan di Thailand, perlu mendapat birokrat tentera, kalau tidak, kerajaan tersebut tidak akan berkekalan lama. Bertambah aneh sejak bermula revolusi 1932 sehingga hari ini, insitusi raja kekal utuh tanpa diusik sama sekali oleh pihak tentera.
Oleh yang demikian, pada 24 Jun 2021, golongan muda berkumpul dalam keadaan bahaya covid sedang melanda di Thailand, mengangkat simbol 3 jari, menolak kerajaan yang sedia ada dan sistem monarki di Thailand yang dilihat menyebabkan kegagalan Thailand mengurus dengan baik sistem kesihatan menentang Covid-19.Mungkin kepimpinan negara kita sudah mengkaji lama perkara ini, untuk menghindar kemarahan dan kebangkitan rakyat sepertimana yang terjadi di negara Thailand.
MZA
Algorithm-Rhythm-Freedom & Kingdom
Hakcipta Terpelihara©Zaki Ahmad, 2021





Comments
Post a Comment