INDIA FARMASI VAKSIN DUNIA YANG LINGKUP

 INDIA

Siapa yang tak kenal dengan negara India? sebuah negara yang padat dengan penduduk dan merupakan negara yang mempunyai populasi yang ramai selepas negara China. Di bawah pemerintahan pentadbiran Perdana Menteri Narendra Modi, India kini maju dalam sektor industri pembuatan kimia. India's Serum Institute dan Bharat Biotech  di India menjadi  pengeluar untuk vaksin Astrazaneca dan Novavax serta membekalkan vaksin kepada 62 buah negara. Tetapi hari ini pengeluaran vaksin ini terpaksa ditumpukan untuk kegunaan dalam negara terlebih dahulu dek kerana kesilapan perancangan yang berlaku.

Nisbah penduduk bandar Mumbai dan Delhi yang positif Covid-19 adalah bernisbah 1 daripada 3 penduduk dijangkiti virus corona. Purata kematian akibat daripada wabak ini di negara India adalah 1,400 orang sehari.

Kes terkumpul pada hari ini (24 Julai 2021) 3.1 Juta.  Pada 5 bulan yang lepas, Menteri Kesihatan India mengisytiharkan India bebas dari wabak Covid-19. India pada masa itu juga memulakan pemvaksinan kepada rakyat.

Tsunami Covid-19 di India

Rakyat Bebas Berhimpun

Perhimpunan besar-besaran dibenarkan. Aktiviti keagamaan dan sosial dibenarkan. Aktiviti ini juga melibatkan perhimpunan secara besar-besaran seperti perhimpunan agama, politik, sukan dan juga majlis perkahwinan.

Kumbh Mela
Aktiviti keagamaan 'Kumbh Mela' telah dilangsungkan pada Mac 2021. Jutaan penganut agama hindu berkumpul dan mandi di Sungai Ganges. Selepas dari acara keagamaan tersebut dilangsungkan, sebanyak 1700 kes positif Covid-19 telah direkodkan. Ujian tersebut dijalankan selama 5 hari di kawasan perayaan tersebut.
Terdapat juga perhimpunan besar-besaran diadakan oleh parti politik yang bertanding untuk pilihanraya walaupun kes sedang meningkat naik.

Polisi Kesihatan Yang Tidak Berpihak Pada Rakyat

India menduduki tempat paling bawah dalam keutamaan kesihatan. Perkara ini diukur melalui perbelanjaan India untuk kesihatan. India menduduki tempat ke-179 dari 189 negara dalam keutamaan kesihatan rakyat.
Fasiliti kesihatan sangat kurang. Hanya 4% pesakit mendapat rawatan di hospital bebanding 9% di negara berpendapatan sederhana. Perbelanjaan dalam sektor kesihatan awam adalah amat rendah iaitu 1% daripada jumlah KDNK.
Perdana Menteri Narendra Modi lebih mengutamakan hospital swasta dengan memberi keistimewaan melalui cukai. Bajet yang tersedia untuk kesihatan dibelanjakan bagi tujuan subsidi sektor kesihatan swasta. Ini membebankan rakyat kerana caj hospital swasta amat tinggi.  Kemudahan di hospital awam amat terhad akibat daripada peruntukan yang tidak mencukupi.

Situasi amat kritikal bagi negara India. Ketiadaan bekalan oksigen, katil penuh, wad icu terhad...itulah yang terjadi di negara India pada hari ini. Kebanyakan pesakit diarahkan pulang kerana hospital tidak lagi dapat menerima pesakit. Pada 21 April 2021, 22 orang pesakit dilaporkan mati kerana terputus bekalan oksigen di salah sebuah hospital bandar Nashik.

India juga mengalami masalah dalam pengumpulan data kes Covid-19 dengan jumlah saringan Covid yang sangat rendah berbanding populasi yang sangat ramai dan ratusan penduduk menjadi penyebar virus tanpa disedari.

Sebagai kesimpulan dan pengajaran, Varian B.1.617, double mutant atau Varian Delta mula dikesan di negara India pada pengujung tahun 2020, dan hari ini mengganas di seluruh dunia.Polisi yang diperkenalkan untuk sektor kesihatan memberi impak yang buruk kepada negara tersebut. 

Moga Kepimpinan Negaraku Malaysia sentiasa mendapat pengajaran..............

MZA
Algorithm-Rhythm-Freedom & Kingdom
Hakcipta Terpelihara©Zaki Ahmad, 2021

Comments

Popular Posts